2017/08/18

Puteri mandi geli dengan badak berendam di tepi tepung pelita.

TK: Kak, kuih badak berendam ni spesis apa? jantan ke betina??

Penjual kuih : Dua-dua ada...

TK : Boleh la kak, bagi kuih badak berendam RM2, kuih puteri mandi pun RM2, tepung pelita RM2...

Penjual kuih : Nak bungkus sekali ke???

TK: Bungkus asing asing la kak, nanti puteri geli nak mandi dengan badak tu pulak!

Penjual kuih : Tepung pelita ni??

TK: Yang tu letak tepi puteri mandi. Terang sikit saya nak tengok!

2017/08/17

Main Bola Gantung...

Tahniah pasukan bola sepak sukan SEA Malaysia yang erjaya menewaskan Singapura dengan jaringan 2-1...

Dalam kekalutan... Dalam debaran... Terlepas satu dua makian...
Kadang-kadang menjerit marah...

Sang suri menegur...

Suri: Awak ni.... Tengok bola diam diam je la...

TK: Eh... Orang Tengah semangat ni...

Suri: Tengok bola pandai... Main pandai ke?

TK: Itu la awak tak tau... Dulu saya ni juara tau...

Suri: Iye la tu... Macam la baru semalam baru kenal awak...

TK: Itu la awak tak tau... Dulu saya ni.... Juara main BOLA GANTUNG...

2017/08/16

Khasiat Daun Pisang.

KHASIAT DAUN PISANG

Selain dari daun KETUM..
DAUN PISANG juga boleh menyembuhkan pelbagai macam gejala2 penyakit seperti ;
             
1. Perut pedih
2. Bepeluh
3. Badan ketar
4. Kurang konsentrasi
5. Pening/sakit kepala
6. Mata berkunang-kunang
7. Tidak bertenaga
   
Caranya :

Ambil Dua Helai daun pisang lalu letak berlapis

Kemudian
letak nasi , ikan masin, petai jerok, tauhu, kerabu pucok paku, sambal belacan ikan tawar. Lebih molek di tambah daging masak gulai atau ayam bakar....

Makan tanpa peduli org disekeliling.
Pasti gejala penyakit 1 hingga 7 seperti di atas akan dapat di atasi.

SELAMAT MENCUBA