Langkau ke kandungan utama

Peraduan... Ha... Masuk La!

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...
Salam hujung minggu...
Dan bersalam salaman la di ambang bulan Ramadhan ini...

Aku tengah baik hati ni...
Mood pagi pagi hujung minggu yang ceria...
Aku nak bagi teka teki...
Siapa boleh jawab dengan betul, siap dengan pantunya, aku bagi hadiah...

Macam biasa... Tak ada apa apa peraturan...
Aku memang buat contest tak pernah buat peraturan...
Pasal aku tak suka peraturan... Hoho...

Ok ok...
Cukup cukup... Nanti terpanjang pulak entry ni...

Budak-budak bermain batu
Batu dikira satu persatu
Badannya lurus bermata satu
Ekornya tajam apakah itu?

Belayar perahu dari Bentan
Menyusur tepi Selat Melaka
Lebar kepala dari badan
Apakah ikan cubalah teka?

NotaKarut: hoho... Ha... Tunggu apa lagi... Pemenangnya akan aku bagi tau esok... Aku belanja siapa yang menang tu makan tengahari lusa di Hotel Legend, Kuala Lumpur... Jawab jangan tak jawab... hohoho....

Ulasan

Muttallif berkata…
Nanti aku cuba fikirkan, tapi sbb aku jadi pengomen pertama, jadi aku saja nak nyemak kejap...wakakakakakakaka
Muttallif berkata…
Soalan Pertama = Jarum

Soalan Ke dua = Ikan Yu Yang kepala lebar tu...hahahahah...google Jap = Hammer Head Shark...wakakakaka
NasQ berkata…
Sekor buaya dah kena tangkap dah... hahaha... ada lagi?
blog-tips-kurus berkata…
kanda,
lusa kan puasa. maka tukarlah jadi 'berbuka puasa'.. aaa.. ngelat yek?! :-)
iem berkata…
yang ke dua 2 ikan pari kot..
hihi..

yang 1st 2 taliff dah jawabkan..
hihi
zati embong berkata…
mata satu?dajal!

hahaha.hotel feveret family jat kalau g kl..
NasQ berkata…
Blog Tip Kurus: hoho... alamak... sekor buaya dah terlepas la pulak... hoho... ni tekun membaca ni... hoho...
NasQ berkata…
Iema: sekor lagi buaya dah termasuk perangkap... hoho...
NasQ berkata…
Jat: ha... Jat tak nak masuk ke peraduan ni? huhu... dekat je dengan pejabat hotel ni... bila bila masa jea boleh turun... tapi khas untuk esok sampai sebulan jea la peraduan ni... huhu...
Chuu Muqhlis berkata…
wohoo, nak jawab dgn pantun tu yg lemah ahaha
zati embong berkata…
khas smpai esok smpai sebulan?sebulan bru tutup ke?haha.

nnt jat google jawapan dia.hahaha
NasQ berkata…
Chuu Muqhlis: hoho... tak ada pantun pun ok...
NasQ berkata…
Jat: hadiahnya yang valid sebulan ni ja... huhu...
munira hashim berkata…
boleh tak wat sesi berpantun..muni suka pantun2 ni..

dalam kocek tersemat belati
bersama bekal lauk dan nasi
wahai tukang karut yang baik hati
teruskan menyokong pantun tradisi
NasQ berkata…
Munira:

Tuan berbekal lauk dan nasi
Jangan lupa si buah dokong
Tuan memuji berbesarlah hati
Tradisi berpantun akan terusku sokong
Noor Fatin berkata…
belanja makan tengahari lusa? grrr! hakhak
syiela berkata…
tgh hari yek... wah ramai nk ngelat ni :)
Hans Hanis berkata…
1) jarum

2) ikan jerung yang kepala besar tu...

hahhaha

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...