Langkau ke kandungan utama

Surat Untuk Raja V2...

Kehadapan kebelakang ketengah dan ketepi sahabat ku Raja...
Diharap kau tak pening pening...
Pasal malam ni kau nak bertarung dengan si singa...

Apa la sangat si singa tu kan...
Harapkan si awang import jea nak menang...
Tak mengaum langsung...

Kau jangan risau Raja...
Petang tadi aku dah upah seorang bomoh yang sangat pandai gila dalam aktiviti pembomohan dalam alam misteri nusantara...
Bukan dia yang gila...
Tapi aku yang gila pasal percaya dengan dia...

Kau jangan risau Raja...
Kubu kita telah pun di kaburkan dari penglihatan si singa...
Aku berani jamin...
Si singa takkan nampak pintu gol kita...

Aku jugak dah perasapkan kaki kaki harimau kau tu, biar keras macam besi, ringan macam kapas, tegap bagai gajah! Harap2 boleh la merembat bola dengan sekuat kuatnya sampai koyak jaring si singa itu!

Dah la Raja... Aku tau kau sibuk bertaktikal... Lantak kau la...
Yang aku tau... Tolong jangan hampakan aku...

NotaKarut: senarai semak, kacang ada, coke, ada, kuaci ada, pop corn ada, "kucing" jea tak ada... erm... bosan... Go... Go... Go... tapi........ Sebelum tu, maghrib dulu wahai harimau harimau sekalian yea... ambil keredhaan dulu yea...

Surat Untuk Raja V1...

Ulasan

dill berkata…
aum!!

dill.
Tanpa Nama berkata…
aummm... aummm... Rimau kita mesti menang la... tuan TK jng risau... sy akan pastikn. hehheeee....
EzayHadry berkata…
TK lupe suh laser sekali penjaga gol singa..kah3
Tanpa Nama berkata…
go malaysia go!!
:)
Kik0 ♥ QiLaH berkata…
mahaRAJAgopal ek?

kirim namaste.


kehkeh
Cik TeN10 berkata…
amboi.. ketepi ketengah ketepi ketengah.. pening ka TK ?? haha >.<
Tanpa Nama berkata…
Malaysia pasti juara!!!!!! :)
Unknown berkata…
kuaci
laksa kedah
100 plus.

cukup dah!:p
Echa berkata…
Support Malaysia ! :D
arituarini berkata…
raja balas kat aku surat ni td..dia cakp...Malaysia boleh bro!! jgn risau baham singa mlm ni..harimau mkn besar..kih kih kih
Lea Isnawi berkata…
surat utk Raja Rimau eh?

die faham ker?

kekeke
Muttallif berkata…
Betul2x berharap Malaysia boleh menang nih....seyes....
A retarded kitty berkata…
aku tak suka bola sepak

*lari!
Bidadari Syurga berkata…
nak aummmm gak,... errkkk tadi dah gol ke? heeeeeeeeeeeeeeee bomoh tu power tak tu?
iem berkata…
singa si raja rimba....
Unknown berkata…
alah singa mng, sabor jer lar
Mr iz berkata…
hmmm.... tertinggal bas lagi...

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...