Langkau ke kandungan utama

Kaunter Pertanyaan...

Hai...


Aku tau aku ni baik hati...
Tak sampai hati nak hampakan permintaan orang...
Dah! tak payah nak puji puji...
Nanti kalau terkembang belakang punggung cam mana...
Dah la malam ni malam Jumaat... Eh? Intro sedikit ke laut!

Telah di tag oleh FARHANA ZIN untuk menjawab beberapa soalan dari beliau...
Aduyaiii... Aku ingat budaya tag mengetag ni dah lama pupus dah...


   11 Soalan dari Nana BamBam

1. Siapa kamu ?
Orang yang sangat mengarut, bukan gay, orang yang kuat makan, kuat tidur dan kuat segalanya, seorang yang genius tapi agak pemalas...

2. Berasal dari mana ?
Dari perut mak hasil perkongsian emosi mak dan ayah...

3. Umur ?
904,694,400 setakat 000025012012... Tak tau? Fikir la... Kalau siapa dapat jawapan aku belanja makan dekat hotel ayam...

4. Single? dah kahwin ?
Masih belum berkahwin LAGI...

5. Hobi ?
Makan makanan sedap sedap!!!

6. Cita-cita jadi apa ?
Jadi ultramen nak selamatkan dunia dari raksasa makcik joyah jongang jual nasi lemak dekat tepi simpang yang tak berapa nak sedap tapi tetap laku kerana dianya janda hot!...

7. Kalau anda jatuh hati pada seseorang, apa anda lakukan?
Dengan berhati hati memungut hati tu balik, lepas tu bawak pi hospital, lepas tu suruh doktor masukkan balik hati dekat dalam perut! Sakit hati tak jawapan aku ni? Dah... Jangan nak kecik hati...

8. Anda suka kepada binatang? binatang apa?
BeruWANG!

9. Coklat, strawberry, vanilla dan oren, Mana anda pilih? sebab?
Ice blended vanila coklat strawberry... Kenapa? Sebab? Kan aku dah kata, aku suka makan makanan yang sedap sedap... 

10. Lagu apa yang anda suka?
Pok amai amai belalang kupu kupu, tepuk adik pandai, upah air susu... Adik jangan nakal, nanti ayah yang terminum susu... Eh???

11. Apa pandangan anda tentang blog saya?
Pandangan hari ini sedikit kabur sebab belum mendapat nutrisi yang mencukupi yang diperlukan oleh otak untuk berfikir dan mata untuk melihat...

Sekiannnnnnnnnn...

NotaKarut: Jalan KL banyak tutup hari ni... Nasib baik tak banyak kereta... Orang Malaysia ni memang suka sambut menyambut ek... kadang kadang hari terkentut berdarah pun nak kenang dan sambut beria...

Ulasan

si robot comel berkata…
saya pun suka beruWANG,yeayyy
dill berkata…
pagi2 ko dah ngarut

dill.
khaifaiz berkata…
hari kentut berdarah??? mak aiiii
emarieys berkata…
bila ada sambut menyambut tu..cuti makin banyak ler..
Cik tikah berkata…
dah kena tnya gak tpi x jawa lgi. hehe
Juliet_iRa~" berkata…
cewahh..aha hati nak berkahwin lagi ke?;p

kl mmg lengang hee..smlm pon lengang je..best!
♥ Nana BamBam ♥ berkata…
huh..jawapan menyakitkan ketiak dan ulu-ulu limpa..

nasib baik xde depan mata, kalau tak dah kene sekeh dengan siku.. :P
ctk berkata…
mmg menyesal bg soalan kt Tk...hahahaha

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...