Langkau ke kandungan utama

Tersebut La Satu Kisah...

Tersebut la satu kisah...
Toyyyibbbb...

Si tukang karut bertungkus lumus...
Membelek belek keretanya...
Toyiiibbbb...

Membasuh keretanya sebersih bersihnya...
Hinggakan tiada satu habuk pun terlekat di badan kereta tersebut...
Toyiiibbbbb...

Akan diambil olehnya wax dan disapukan kepada seluruh badan kereta itu...
Hatta berkilat la kereta tersebut sekilat kilat badan si tukang karut yang berpeluh di tenagh tengah panas tersebut...
Toyyiiiiibbb...

2 jam masanya dibuangkan dengan membelek kereta tersebut...

Arakian... Tersebutlah al kisah...

Usai sahaja si tukang karut mengilatkan keretanya...
Hujan pun turun mencurah curah bagaikan air terjun lata kijang di cameron highlands...

Maka termenung la si tukang karut...
Jauh merenung melihat titisan hujan yang jatuh ke bumi...

Hatinya bagaikan terguris dengan belati tajam sembilu...
Melihat keretanya terkena tempias hujan dan lumpur...

NotaKarut: Bebel sang suri..." kereta boleh dibelek sampai dua jam lebih... Kita ni dibelek tak lama mana pun..." Balas si laki "kalau dibelek dua jam gak, saya ni jalan kengkang awak tu jalan merangkak nanti..."

Ulasan

norh berkata…
Takpa...exercise katanya...
aliza berkata…
salam merdekaraya dik

betullah bila lepas basuh kereta kebetulan biasanya mesti hujan ... frust jer penat2 tp kotor balik..
Unknown berkata…
lain kali lpas basuh bungkus dgn plastik =P
emarieys berkata…
siannya...
biela bell berkata…
sakit hati klu dah basuh smgat2 tiba2 hujan.. alahaii.. sabo je la..

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...