Langkau ke kandungan utama

Pantun Selamat Hari Raya - Versi Original Tukang Karut.

Mudik sungai di pagi hari,
Menebar jala menangkap ikan,
Tukang Karut menyusun sepuluh jari,
Terpincang kata harap maafkan…

Sesudah petang mudik hiliran,
Peraih ikan tunggu di jeti,
Dunia blog banyak sindiran,
Takut ada yang makan hati...

Gulai lemak udang galah,
Kenyang perut senang hati,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan dibawa mati...

Sejuk nyaman air kepala,
Sekali rasa nak lagi,
Jangan buat buat lupa,
Esok kita berpuasa lagi...



Selamat hari raya AidilFitri
Tukang karut memohon Ampun Maaf jika ada tersalah silap terkasar bahasa, terasa hati dek sindiran, komen yang tak membina dan sebagainya...

Ulasan

sitirohaida berkata…
pandainya berpantun
berhati-hati dimana jua anda berada
selamat hari raya maaf zahir dan batin
jaga pemakanan,jaga makan takut terlebih suda
Chuu Muqhlis berkata…
mohon maaf jugak jika ada terkasar bahasa tersalah kata :D
Ratu Hatiku berkata…
Selamat hari raya.. Mohon maaf jgk andai ada tersalah komen atau terkata.. :D
a.R berkata…
slamat ari raya karot... hihihi~
zella y berkata…
SELAMAT HARI RAYA T.K ;)
Tinta Lana berkata…
Assalamualaikum.

Ya lah TK.. ak pun minta maaf bebanyak, ak rsa skit sbnyk kena tempias mengarut ko..takpa ak maafkan.eh.

Selamat hari raya! Pandai nau hang ni berpantun.
♥ Nana BamBam ♥ berkata…
Assalamualaikum ,
saya mahu memohon maaf juga kalau ade buat salah kerna x singgah komen sini..huhu

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin :)
Juliet_iRa~" berkata…
selamat hari raya maaf zahir batin buat Tk sekeluarga :)
||aLeaSaRa|| berkata…
salam hari raya
ikhlas dari kak lea
adatlah berblogging di dunia maya
sudah pasti ada tersilap kata
maaf juga dipinta
lepas ni kita pulun serbuk kuih raya
yehaaaa!!!

Catatan popular daripada blog ini

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buruk di goreng orang, Bau semerbak serata alam, Tutur kata ibarat parang, Tersilap kata menikam dalam. Belakang parang diasah jangan, Tajam depan tajam belakangnya, Kurang ajar apakah hukuman, Buku lima di pipi la jawabnya.

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...