2017/09/13

Seloka Selamat Malam...

Dodol durian kuih bahulu,
Enak dimakan diwaktu petang,
Kerja kuat berganding bahu,
Dari pagi membawa ke petang...

Penat berkerja di siang hari,
Sampai malam berjaga jaga,
Anak mata berseri seri,
Senyum gatal sampai ke telinga...

Nasi sebelanga dimakan anak,
Bapa menjerkah mata terbeliat,
Dalam hati nak tambah anak,
Ingin mencari pewaris zuriat...

Perut penuh menjadi senak,
Perut boncit penuh lemak,
Punyanya lah lama dodoi si anak,
Ikut terlelap pulak si emak...

Pandang suri terkulat kulat,
Timbul geram di dalam hati
Alamat tak jadi nak tambah zuriat,
Melepas sudah bantal jadi penganti...

Bantal peluk dah naik kusam,
Baunya pulak boleh tahan masam,
Sebelum tukang karut melalut ke laut dalam,
Baik tidur selamat malam...

Mau Kahwin Lagi...

Petang semalam...

Setelah selesai solat Asar di sebuah masjid di Cheras... Disebabkan takut jem.. aku bergegas ke kereta. Tetapi ketika di parking, langkahku terhenti seketika... Aku nampak sebuah dompet besar betul betul terjatuh di tepi kereta ku. Dengan hati-hati aku angkat dompet itu. hummmmm.... Agak berat berisi.

Rasa serba salah, dengan terpaksa demi untuk mengetahui identiti pemiliknya, aku buka dompet itu dan menemukan sebuah envelop besar dari nama sebuah bank. Aku baca di dalamnya juga ada nama dan alamat,  serta sejumlah wang. Duit note RM100 dlm dlm 10 ikatan yg tebal. Aku panik gila. Antara keliru dan rasa amanah aku kembali ke masjid. Wang ini harus aku pulangkan kepada pemiliknya. Aku bertanya semua jemaah,  tak seorang pun yg kenal.

Aku tidak ada pilihan selain mencari pemiliknya..... Lantas aku bergegas memandu ke alamat yang ada di bungkusan wang itu. Ketika sampai, aku cuba beri salam dan mengetuk pintu pagar rumah. Keluar seorang lelaki yg sudah berumur berperawakan tinggi, berkulit putih cerah kearab-araban yang menjawab salam dan  bertanya mahu mencari siapa? Aku bagi tau dia, "Saya hendak berjumpa dengan Tn Haji Salim,  betulkah rumah ni?"

"Saya Hj Salim. Ada apa encik?"

"Pak Haji tadi solat di masjid di Cheras' ?", tanya ku

"Ya. Betul"

"Pak Haji tadi ada bawa apa-apa waktu pergi solat?"

Dia menjawab, "Astaghfirullah.. iya .. saya bawa dompet besar coklat dan dari tadi saya mencari-carinya.. Saya lupa dimana letaknya." Pandangannya ke arah aku penuh dengan tanda tanya.

Aku pergi ke kenderaan dan mengeluarkan dompet besar yang aku jumpa tadi. "Dompet yang ini ke Tuan Haji?"

"Ya..ya. yang itu..  Alhamdulillah.. terima kasih nak. Dalam tas ini Hj simpan wang yang Hj baru ambik dari Bank tadi."

Tanpa bnyk bicara,  aku serahkan dompet itu dan minta diri untuk pulang.

Tapi aku ditahan Haji Salim, "Tunggu nak, ada yang ingin saya hadiahkan padamu sebagai tanda terima kasih saya."

Hj Salim yang berwajah arab ini lalu memanggil nama seorang wanita. Tidak lama kemudian muncul seorang wanita berhijab .... mata bertentang mata... cair hati tak terkata... degup jantung kencang tak terkira....

"Nak ini anak saya. Dia belum menikah. Dia janji akan menikah dengan laki-laki yang baik dan jujur seperti kamu."

Aku terkejut gila. Dengan tergagap aku berkata, "Maaf Tuan Hj, saya sudah beristeri. Saya kena bincang dengan isteri saya..  dan mntak izin dgn dia tentang rancangan Tuan Hj ni."

Hj Salim tersenyum, dia kata, "Bertenang nak, nanti biar saya yang minta izin dari isterimu. Ada no hpnya?"

Aku mengangguk lesu..  malu tapi mau...mana tak maunya..... Anak dia punyala cun....  lalu aku pun bagi la no hp wife aku. Tuan Haji Salim terus dial nombor tu....dan dia bagi tau cerita sebenar........  .

Tubuh aku tiba-tiba mengigil, ...... apalagi saat telefon tu diberikan kepada aku.... katanya isteri ku mahu bercakap dengan aku, terlintas di fikiranku...... Apalah aku nk jawab...

Bagaikan halilintar membelah bumi.... Di saat terdengar suara isteri ku bercakap dengan agak kuat...

Bang.... bang....... Abangggg bangun.. Dah masuk maghrib ni..

2017/09/12

Jenis-jenis Rambut

Jenis-jenis Rambut

1) RAMBUT LURUS
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan..

2) RAMBUT KERINTING TEBAL
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung..

3) RAMBUT KERINTING NEGRO
bijak, ego, cemburu buta, romantik, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS / LEMBUT
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL
bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang..

9) RAMBUT KUSUT
Baru bgn tidur atau malas sikat rambut..

10) RAMBUT BERUBAN
dah tua tu...rumah kata pergi..kubur kata mari..

11) TIADA RAMBUT
macam mana nak kate ye....kesian

12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU-HIJAUAN
itu rambutan lah...

2017/08/28

Blog... Tiada lagi nilai sastera...

Siapalah penulis blog di mata orang?

Apakah nilainya.

Silalah letakkan harga pada tulisan tulisan di blog anda. Tengoklah siapa yang sudi membayarnya.

Pada waktu ini, kebanyakan penulis menulis blog hanya sebagai mata pencarian... Iklan iklan menjadi fokus utama...  Lantak la nak isi apa pun... Waima fitnah sekalipun... Berita basi diulang ulang sehingga menjadi sensasi...

Tuding jari salahkan penulis sangat kejam, sebenarnya. Tapi itulah, bila jadi penulis juga kena hidup... Jalan terus saja...

Tiada lagi nilai sastera....

2017/08/24

Lawak Malam Jumaat

Suatu hari seorang menteri dan isterinya pergi merasmikan pusat pembiakan lembu Australia . Di depan hadirin.. seorang petugas dengan semangatnya menjelaskan proses pembiakan lembu ini..

"Dato dan Datin.. Lembu kami ini mampu mengawan sebanyak 5 kali sehari."

Mendengar penjelasan itu.. dengan pantas isteri menteri itu berbisik ke telinga suaminya.. "Dengar tu.. Lembu pun mampu mengawan sampai lima kali sehari bukan macam abang..!"

Mendengar komen isterinya itu.. menteri tersebut cuma masam muka saja. Kemudian petugas di depan nya tadi meneruskan penerangan.. . "Lembu ini mampu mengawan dengan lima lembu betina berlainan sehari!"

Menteri dengan senyum membisiki telinga isterinya.. "Dengar tu.. Lima kali sehari dengan lima betina yang berlainan.. bukan dengan satu betina saja..

Gambar Perempuan digunakan sebagai bahan lawak...

Sejujurnya aku tak suka lawak-lawak yang menggunakan gambar perempuan melayu sebagai subjek. Lagi lagi kalau lawak berbaur kelucahan melampau...

Cuba bayangkan jika wanita tersebut adalah isteri, atau ibu, atau adik perempuan, atau anak perempuan kita, pasti kita akan sedih dan kecewa apabila gambar-gambar mereka dijaja ke merata tempat dan dijadikan objek untuk lawak-lawak haram jadah yang diedit oleh lelaki-lelaki yang miang dan gatal.

Semoga kita dan keluarga kita dilindungi daripada dijadikan bahan lawak  dan lebih teruk lagi, menjadi bahan fantasi seksual lelaki lain kat group WhatsApp.

2017/08/18

Puteri mandi geli dengan badak berendam di tepi tepung pelita.

TK: Kak, kuih badak berendam ni spesis apa? jantan ke betina??

Penjual kuih : Dua-dua ada...

TK : Boleh la kak, bagi kuih badak berendam RM2, kuih puteri mandi pun RM2, tepung pelita RM2...

Penjual kuih : Nak bungkus sekali ke???

TK: Bungkus asing asing la kak, nanti puteri geli nak mandi dengan badak tu pulak!

Penjual kuih : Tepung pelita ni??

TK: Yang tu letak tepi puteri mandi. Terang sikit saya nak tengok!

2017/08/17

Main Bola Gantung...

Tahniah pasukan bola sepak sukan SEA Malaysia yang erjaya menewaskan Singapura dengan jaringan 2-1...

Dalam kekalutan... Dalam debaran... Terlepas satu dua makian...
Kadang-kadang menjerit marah...

Sang suri menegur...

Suri: Awak ni.... Tengok bola diam diam je la...

TK: Eh... Orang Tengah semangat ni...

Suri: Tengok bola pandai... Main pandai ke?

TK: Itu la awak tak tau... Dulu saya ni juara tau...

Suri: Iye la tu... Macam la baru semalam baru kenal awak...

TK: Itu la awak tak tau... Dulu saya ni.... Juara main BOLA GANTUNG...

2017/08/16

Khasiat Daun Pisang.

KHASIAT DAUN PISANG

Selain dari daun KETUM..
DAUN PISANG juga boleh menyembuhkan pelbagai macam gejala2 penyakit seperti ;
             
1. Perut pedih
2. Bepeluh
3. Badan ketar
4. Kurang konsentrasi
5. Pening/sakit kepala
6. Mata berkunang-kunang
7. Tidak bertenaga
   
Caranya :

Ambil Dua Helai daun pisang lalu letak berlapis

Kemudian
letak nasi , ikan masin, petai jerok, tauhu, kerabu pucok paku, sambal belacan ikan tawar. Lebih molek di tambah daging masak gulai atau ayam bakar....

Makan tanpa peduli org disekeliling.
Pasti gejala penyakit 1 hingga 7 seperti di atas akan dapat di atasi.

SELAMAT MENCUBA

2017/08/15

Cerpen Lawak Petang Ini...

DIALOG DALAM KELAS AGAMA

Suatu hari ketika semua murid mengikuti pelajaran agama di kelas...!

USTAZAH : "Siapa tahu doa masuk tandas...? Angkat tangan...!"

ZALI : "Saya ustazah...."

USTAZAH : "Ok Zali, cuba baca...!"

ZALI : "Allahumma Inni A'uu dzubika minal khubutsi wal khobaiz"

USTAZAH : "Bagus Zali..., Siapa yang ajar kamu...?"

ZALI : "Ummi..., di rumah, ummi tampal dekat pintu bilik mandi. Tiap hari kami baca...."

USTAZAH : "Kalau doa hendak sikat rambut siapa tahu...?

Karim angkat tangan...

KARIM :"Allahumma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii"

USTAZAH : "Betul..., Hebat kamu, Karim...."

KARIM : "Kakak saya tampal kat cermin, tiap2 pagi bila sikat rambut kakak mesti baca...."

USTAZAH : "Hebat2...,

Baiklah, siapa tahu doa ketika nak tidur...?"

Din bin Zahari : "Saya tahu ustazah...!"

USTAZAH : "Wahhh, Din kamu tahu ya..."

DIN : "Bismillahi Allaahumma Jannibnaas syaithaana wa Jannibis syaithaana maa razaqtanaa...."

USTAZAH : terdiam..

DIN : "Doa ini ayah saya yang tampal dekat tempat tidur..ustazah.., Tiap malam ayah saya membacanya...!"

Ustazah : "..!!??..., Haahhhhh..., tiap malam...!" sambil tepok dahi....

DIN : Iya ustazah.."

Malah kalau malam Jumaat, ayah baca sampai 3 kali...!".

USTAZAH : "Apaaaa..., 3 kali...??....

2017/08/13

Aku seorang suami dan ayah...

Isteri.... kasut di kakinya...
Ah.... Nak sebut nama brand nya pun sudah berbelit lidah...
charles and keith!!!

Anak... Merengek nak kan kasut...
Kasut baru raya...
Cap buaya( crocs)...
Nama saja cap buaya... tapi harganya kalah kasut dewi kayangan...

Suami ( aku la tu)

Di kaki ku...
Ah... Malu nak cerita.
Beli di mydin...
Rasanya 4 tahun lepas... mungkin 5 tahun lepas...
Tapaknya sudah haus....
ASADI jenamanya.... tapi setia dibawa ke mana mana sahaja...
Itu la selipar raya. Selipar bawak kereta... pergi kedai. Pergi mall!!! Eh. Pergi masjid sekali...

Akhirnya... khidmat selipar tu tamat malam tadi. Di mydin jua...

2017/08/12

MUSIM KORBAN DTG LAGI

MUSIM KORBAN DATANG LAGI

Seekor kambing hanya boleh untuk satu orang sahaja jika dibuat korban.

Seekor lembu boleh dikongsi dengan 7 orang jika dibuat korban.

Seorang suami pula boleh dikongsi oleh 4 orang wanita, jika wanita tersebut sanggup berkorban.

2017/08/11

Apa makna sebenar pemimpin?


Baju merah si pemimpin yang kaya (berada di atas). Baju kuning si rakyat yang kesusahan (berada di bawah).

Yang atas konon konon cuba nak naikkan si rakyat ( dengan mwnghulurkan tangan) agar keluar dari kemiskinan (bawah).. tapi tak sampai.

Si pemimpin terus berusaha. Dia turun di lapangan menjadi orang miskin ( turun ke bawah) melalui harta yang dia ada ( tangga).

Dengan alasan nak bantu rakyat, dia kenakan cukai, dia naikkan harga barang, dia ambil semua harta rakyat (kaki) dengan alasan untuk membantu.

Akhirnyer dengan harta rakyat juga dia cuba bantu untik naikkan rakyat. (Kaki).

Sedangkan pemimpin itu mempunyai tangga (harta).
Mereka sendiri dalam keadaan kaya raya. Nak bantu rakyat yang sebenarnya harta rakyat...

Dan rakyat terus menyokong si pemimpin (gambar last)

2017/05/29

Pantun Berbuka Puasa lawak... Hari ke 3

Pantun Berbuka Puasa lawak... Hari ke 3


Asal kampung dari Segamat
Menetap pula di Datuk Keramat
Masa puasa lesu tak bersemangat
Bila berbuka hantu raya tabik hormat

Memancing si ikan sepat
Dah dapat terlompat lompat
Perut dah penuh di sumbat sumbat
Lepas berbuka mata pun rapat

Doa 30 Hari Puasa Ramadhan - Hari ke 3


2017/05/28

Baru 3 Hari Puasa, Berat Badan Turun Mendadak... Ini Rahsianya...


Pantun Berbuka Puasa lawak... Hari ke 2

Pantun Berbuka Puasa lawak... Hari ke 2

Nasi putih telur kicap
Makan habis licin semua
Tukang karut hanya nak ucap
Selamat berbuka puasa kepada semua

Perut berangin naik kepala
Sakit perut jumpalah tabib
Hei kawan jangan dilupa
Lepas makan solat magrib



Doa 30 Hari Puasa Ramadhan - Hari ke 2


2017/05/27

Pantun Berbuka Puasa lawak... Hari ke 1

Pantun Berbuka Puasa lawak... Hari ke 1


Nakal anak di tangan tangankan
Biar hatinya menjadi luhur
Perut kelaparan azan kedengaran
Jangan berbuka! Itu adalah azan zuhur..

Penat sehari puasa berjerih
Mengharap hati menjadi jernih
Berbuka puasa jangan berlebih
Nanti tak larat pergi Terawih

Doa 30 Hari Puasa Ramadhan - Hari ke 1


Doa Menyambut Bulan Ramadhan





Gurauan puasa...

Jondogham anak nogoghi sombilan

Kok ditungkai ghiok koteng
Kok dilocut mo batu bincot daie
Kok ditubeng moncughek daghah
Kok dilompang bodama muko
Kok dililih moyombo daghah
Kok mkn podeh moncele moncighit
Kok kunyah cili api ulu hala kopodehan
Kok gogok air sotompayan hongeh poghot
Kok minam nyak bona moncughek koncing
Tak pon mombese ateh tilam
Kok mandi lam bonda mongige badan
Banyak na kok er tak soda dah nak Ramadhan
Selamat boposo lah yo
Jangan yang2 yok lak...
Poso sampai bulu ghomo tak nampak baru buko
Kok poie baza Ramadan janganlak mcm dunyo ana yg punyo
Habis satu baza tu di punyo ehh
Kok buko tu jangan sampai monteneng poghot takpek bongka
Maso tarawih jangan nguncah org semayang.....
Tadarus  cocubo lagi buek... sikit pon xpo
Bangun malam ghaso nak poie koncing tu toghuih tahajud jangan tokojot lak....
Sahor lak .. jangan sampai 50 kali kojot pon tak bongka2 ...tau2 dah suboh...mano tu baru bokocapuih nak Sahor...dah tolambek.....
Selamat monyambut bulan Ramadan Al Mubarak

Pantun Puasa Hari 1

Jalan jalan rumah Mustapa
Dijamu pula dengan laksa
Jangan pulak buat lupa
Hari ni dah mula puasa

Jalan jalan rumah Musa
Dijamu pula dengan teh tarik
Bila datang bulan puasa
Mula timbul sakit gastrik

Jalan jalan rumah Bidan
Dijamu pula dengan teh tarik
Selamat menyambut ramadan
Semoga beroleh barakah dan iman.

2017/05/26

Gurindam Puasa

Gurindam Puasa anak nogori


Kalu dilipek sobosar kuku
Kalu di bontang sobosar alam
Kok hilang di caghi
Kok hanyut di pinteh
Kok tonggolam disolam
Jauh dihimbau
Dokek di ghamit
Kok datang boghi salam
Kok nk poi Biar nampak belakang.
Ramadhan munco kito bersuo
Walau pun di alam maya
Ampun mahap sesamo kito
Apalah dayo insan biaso
Kekadang terbabeh juo
Seutai salam
Sejambak kato.

Salam RAMADHAN utk kito semuo.
Dr den sekeluargo..

Pantun Ramadhan 0

Anak dara jangan diraba
Mak bapak dia perhati
Bulan Ramadhan dah pun tiba
Puasa yang lalu dah diganti?

Memancing sungai dapat haruan
Haruan dimasak sambal belacan
Pantun ini sekadar gurauan
Gurauan nak menyambut bulan Ramadhan.

2017/04/27

Bila Kuli Merasa Nak Jadi Bos...

Kuli... Orang yang dibayar gaji... Cukup bulan dapat ganjarannya...

Tapi bila kuli berangan nak merasa menjadi bos... Alamatnya... Tak sampai tengah bulan, kering kontang poketnya...

Nak Makan, nak merasa jadi bos... Order apa sahaja... Tukang masak di kedai akan siapkan... tinggal nak bayar sahaja...

Nak potong rumput... Panggil sahaja tukang kebun... Sekali potong RM30...

Tapi zaman ni, memang kena jadi bos... Walaupun hakikatnya kuli batak sahaja...





2017/04/09

Tak Kenal Mana Melayu...

Rutin biasa hujung minggu... Kalau tak ke kampung, duk melangok ke shopping mall...

Lama dah perhati...

Sampai dah tak kenal mana melayu mana cina...

Skirt sama pendek singlet sama jarang...

Sama seksi sama seksa...

Dan...

Dah susah nak kenal pasti mana perempuan mana lelaki...

Sama seksi sama sado...

Pandang sekali lelaki, pandang lagi... la... perempuan...

2017/03/18

Renungan Malam...

RENUNGAN MALAM

- Dunia ini ibarat sebuah lautan yang luas, dan kita adalah kapal yang berlayar dilautan yang telah banyak kapal karam didalamnya. Namun andai muatan kapal kita adalah iman,dan layarnya adalah takwa, yakinlah bahawa kita tidak akan pernah tersesat dilautan kehidupan itu.

- Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

- Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupanmu sampai kamu melupakan kegagalan dan rasa sakit hati.

- Ilmu dan kebijaksanaan itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai ketika nafas terlepas dari badan.

- Barang siapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berhak untuk melepaskan amarahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman serta ketenangan.

- Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir setelah berbuat adalah satu kebodohan, sementara berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan.

- Sebenarnya kegagalan kita bukanlah kerana adanya kesulitan yang menghambat langkah kita, Tetapi kerana ketidak beranian untuk melawan rasa takut dalam diri.

- Jadilah manusia yang pada saat kelahiranmu semua orang tertawa bahagia, tapi hanya kamu sendiri yang menangis. Dan pada saat kematianmu semua orang menangis sedih, tapi hanya kamu sendiri yang tersenyum.

- Berbuatlah dan jalankan semua impianmu, kerana sebenarnya dalam dirimu telah terdapat tenaga dan kemampuan untuk melakukan apapun.

- Berduka, berkabung dan menyesali tak akan pernah mampu mengubah keadaan. Hanya bergerak, melangkah dan berbuatlah yang dapat menggantikan kedukaan menjadi kebahagiaan.

- Burung Hantu dijadikan simbol kebijaksanaan, kerana seekor burung hantu yang bijaksana duduk di sebatang dahan. Semakin banyak ia melihat, semakin sedikit ia berbicara. Semakin sedikit ia bicara, semakin banyak ia mendengar. Mengapa kita tidak mencuba menjadi seperti burung hantu yang bijaksana itu?

- Hidup ibarat menaiki basikal, agar tidak terjatuh dari basikal dan menjaga keseimbangan, kita harus terus bergerak, dan mengayuhkan kaki.

- Kita selalu punya pilihan tiap hari. Tinggal kita memilih, memulai niat baik yang kemarin, ataukah menunggu dan mendapatkan rasa penyesalan besok.

- Jika kamu melihat dunia, maka lihatlah kebawah, kerana jika kau menengadah, maka yang kau dapatkan adalah sakit leher dan mata yang berkunang-kunang.

Semoga esokmu lebih baik daripada hari ini... =)

2017/03/16

Budak lepasan SPM

..Abg nak pesan sket lah kat adik2 yang dah dapat result SPM tu bila nak pilih bidang sambung pengajian pilihlah baik2..Pilihlah bidang yang paling adik minat..Jangan pilih bidang yang adik rasa adik nak kerja dengan bidang tu.. Sebab bila dah masuk alam pekerjaan ni, kadang satu pun ilmu yang adik tuntut masa kat U nanti tak digunakan pun..Lari bidang orang panggil..

..Tuntutlah ilmu untuk jatidiri dan tambah nilai diri bukan tuntut ilmu untuk sijil dan pekerjaan..adik minat ilmu kedoktoran misalnya, adik boleh mohon kedoktoran..Adik minat pendidikan adik mohonlah pendidikan..Adik minat nak jadik engineer adik mohon lah engineering tapi kalau adik minat kat abang, adik cubalah mohon kat akak. Mana lah tahu permohonan adik diluluskan...👌😀

- abam kachak -

2017/03/08

Dimanakah kekuatan korea utara???

Minggu ni heboh pasal isu Korea Utara...semuo nak tunjuk pandai... jadi ni ado satu teka toki...jawapan disertakan dibawah...

Dimanakah terletaknya kekuatan Korea Utara, pada  senjatanyakah? Pada tenteranyakah atau pada pemimpinnyakah? Sila jawab ahlil nujum negara...

Kekuatannya terletak pada huruf 'K'. Jika ditukar kepada huruf 'B' ia akan menjadi Borea Utara, anda kenal Borea Utara?


2017/02/21

Lawak Petang Ini...

Soghang budak umo onam taun telopong topi kolah sughau nengok siak amik air smayang.
`Apo tengok acik camtu lak` tanyo siak
`Acik amik air smayang tak boto` tey budak kocik tu

Bedoba siak di buek ey.Dio comeh mandang kighi kanan takut oghang lain nampak budak kocik nogur dio bowudhu` tak boto.

`Apo ey yang tak boto?` tanyo siak balik
`Tak samo macam atuk adik buek` jawap budak tu

`Cemano atuk kau amik air smayang ?`
`Sebolum kumo-kumo dio lotak gigi ateh kolah dulu` jawap ey series lalu naik ke sughau poie kek atuk ey

2017/02/20

KEJADIAN BUDAK BERBASIKAL DI JALAN LINGKARAN DALAM, SALAH SIAPA?

Kita pun ada anak. Jaga and monitor anak masing2. No one else will do it for for you.
Not pihak berkuasa
Not politician
Not any car drivers..

Apa yang dititah Sultan Johor amat tepat sekali. Kita bagai sudah lupa akan tanggungjawab kita walhal saya pasti ketika kita kecil dahulu, itulah pegangan ibubapa kita. Mengapa kita berubah dan membiarkan anak-anak kita berkeliaran di jalanraya sehingga malam sudah hampir bertemu subuh?

Titah baginda, biarlah anak menangis jangan kita menangis.

"Nasihat saya kepada semua, jaga dan pantau anak-anak serta tegur mereka. "Biar mereka menangis, jangan kita yang menangis," titah baginda selepas menziarah keluarga mangsa yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam melibatkan sebuah kereta dan enam basikal.

Salam takziah kepada keluarga yang terlibat.

2017/02/10

Pantun Malam Jumaat...

Hisap rokok tembakau cina
Hembus asap berbunga bunga
Hai cik abang adik nak bertanya
Di bawah pusat apa namanya

Sudah geharu cendana pula
Sudah tahu bertanya pula
Kalau cik adik nak tahu bawah pusat ada apa
SELAK SEMAK NAMPAK LUBANG PERIGI BUTA.

Pantun Hari Jumaat....

Malam tadi malam jumaat
malam yang penuh berkat
salam ukhwah salam jumaat
semoga anda sihat walaáfiat

pendosa-pendosa yang bertaubat

Syurga tu dipenuhi oleh pendosa-pendosa yang bertaubat. Manakala neraka pula dipenuhi oleh orang-orang alim yang munafik

Lumrah bagi kita untuk membenci seorang pendosa. Namun layakkah kita melayani mereka dengan buruk? Adakah kita pasti kita lebih baik daripada mereka?

Jangan sesekali kita cuba menjadi TUHAN... Sedangkan kita masih di takuk HAMBA...

2017/02/08

Kurang La Tu!!!

Bila kenduri kendara saudara mara terdekat, pasti akan timbul soalan soalan yang mencabar minda sehingga tak tercapai akalku untuk menjawabnya...

Makcik: Ni Anak ko ke Ngah?

TK: A'aah... (Senyap main HP)

Makcik: Sorang yo...

TK : A'aah... (Kusyuk main HP)

Makcik: ooooo... Kurang la tu...

Eh eh... makcik ni... aku tgk anak dia berderet deret selang setahun... hari hari mengangkang je ke... tak melecet? Xrabak ke...

2017/02/07

Pusar Rambut Dua...

Suatu malam di kala menonton siaran filem di astro...

Macam biasa bila tengah leka tengok filem, datang si suri duk belek selak rambut.

Suri: "Tahu kenapa rambut abang ada dua sarang(pusar rambut)?"

TK: "Orang kata dua pusar ni orang pandai."

Suri: "Salah. Dua sarang ni nanti kahwin dua."

TK: "Ok. Terima Kasih."

Suri: Gedebukkkkkkk!! "Gatal!!"

"Adoi! Hahaha!!!!"

2017/02/02

Cara Hisap Zakar...


Oleh sebab ramai yang mencari teknik yang betul hisap zakar...
Orang tua ni nak perturunkan teknik teknik yang betul...
Ambil buku nota cepat...

1. Persediaan Kebersihan...
Seperti yang sedia maklum, zakar adalah saluran keluarnya najis iaitu air kencing... Larat ke nak suruh pasangan kita hisap benda yang kotor? Lepas tu pi cium mulut dia yang duk hisap zakar tadi? Xlalu cek oi... Pi la basuh dengan clorox dulu lepas tu pi bilas dengan sabun breeze dulu, kemudian bilas lagi dengan DETTOL... Lepas tu jangan lupa sembur sikit minyak wangi!!! Baru la selera sikit. Dah tu, jangan lupa trim hutan belukar tu, kang sedap menghisap, tercabut bulu masuk mulut kawan tu kang... Xpasal pasal kena kanser lak nanti...

Ok... Cukup setakat ni... Bersambung...

NotaKarut: Menulis berdasarkan IMAGINASI bukan realiti...


2017/01/27

Lawak Banjir Kelantan

Di saat air banjir mulai menaiki beberapa kawasan bandar di Kelantan..

Beberapa pelancong asing mulai bimbang tentang kehadiran 'Aligator' di kawasan banjir di tempat penginapan mereka apabila mendengar ramai penduduk menjerit dan menyebut kehadiran reptilia ganas itu..

Sebijik macam dalam filem Rogue...

Selepas diselidiki mereka dapati bahawa terdapat kekeliruan mengenai haiwan itu dengan amaran penduduk sekitar yang menjerit dengan laungan;

".. alih keto ..!
!.. alih keto ..!!.."
(aligator!!..aligator!!)

2017/01/26

Ujian Hidup...

Ujian hidup bukan bermakna sentiasa ada masalah.

Tiada masalah juga adalah satu ujian.

Ujian kesyukuran...

2017/01/06

Tazkirah Pendek Jumaat.

Tazkirah pendek

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat, maka itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka ingatlah, itulah nanti pengakhiran hidup kita di dunia ini.