Langkau ke kandungan utama

Catatan

MENGALIR MACAM AIR SUNGAI

Teringat masa zaman asrama dulu. Masa tu, RM 50 boleh cukup untuk 2 bulan. Makan, asrama dah sediakan.. Mungkin masa tu Kecik lagi.. Tak tau guna duit sangat.. Masa zaman diploma lak RM1850 1 sem...boleh gak hidup untuk 5,6 bulan dengan duit banyak tu. Makan pun agak mewah gak.. Walaupun kadang-kadang terliur gak tengok orang lain makan sedap2. Zaman degree, zaman paling menyedihkan, dah la duk rumah sewa, api air nak kena bayar sendiri, makan pun masa ni dah mahal dah. Nak harap duit mak bapak... kecian la pulak.. Adik2 pun nak sekolah lagi..Tapi RM 3500 tu memang cukup untuk hidup 5,6 bulan.. La ni.... Pelik tul... Dah keje pun... dapat RM 3ribu sebulan pun rasa tak cukup-cukup lagi.. tiap bulan ada jea yang tak cukup.. Dulu 3ribu boleh hidup 5,6 bulan. la ni,ermm.. Nak sampai hujung bulan pun letih nak menunggu. Nak bayar tu la.. Nak bayar ni la.. Nak beli tu la... Nak beli ni la... Incometax la. Insurance la.. bla.bla.bla.. M. Nasir Duit! Ada yang panggil ringgit Ada yang panggil

MEMBEBEL!!!!

Semalam seorang kawan mengadu nasibnya. Kenapalah payah sangat nak kahwin? Kenapalah susah sangat nak kahwin? Kenapalah hantaran beribu-ribu lemon? Kenapalah orang kita nak memandang pelamin yang cantik? Kenapalah orang kita nak tengok baju pengantin sampai 6,7 helai macam filem hindustan? Kenapalah orang kita x nak berkerjasama (bergotong-royong) macam dulu untuk melanggsungkan majlis?masak sama-sama, mendirikan khemah sama-sama, bla..bla.bla.. Kenapalah harga katering makanan mahal sangat sampai RM 40-60 sekepala? Rukun nikah tu ada lima: 1. Pengantin LELAKI 2. Pengantin PEREMPUAN 3. Wali pengantin Perempuan 4. Dua orang saksi 5. Ijab dan Kabul. Takder la pulak dinyatakan berapa ribu hantaran dalam rukun nikah tu. Tak termasuk pun dalam rukun nikah mesti ada pelamin yang cantik-cantik. Tak terselit pun dalam rukun nikah mesti tukar baju sampai 6,7 kali. Tak terlintas pun kena jamu makan mahal-mahal, hadiah, live band, karaoke, joget lambat, kek 3 tingkat bla..bla..bla.. Kenapalah kit

MEREPEK!!!!!!

Dalam dunia ni kita ingat kita paling malang, kita paling miskin dan paling tidak bernasib baik. Tapi adakah kita sedar, orang yang paling malang ialah orang yang tidak mahu berubah dari melakukan kejahatan atau hidup dalam kegelapan. Orang yang paling miskin ialah orang yang buta nikmat Allah dan orang yang paling malang ialah orang yang menerima pujian, nikmat, kekayaan dan gelaran tetapi mengaku semua itu hasil usahanya sendiri!! Tapi bila kelaparan, kemiskinan, kesakitan dan kesengsaraan mereka menggadu pada Allah. Tidakkah kita perasan yang kadang-kadang semua kesengsaaran itu datang disebabkan diri kita sendiri. Adakah kita perasan bahawa kita (orang melayu) yang menyebabkan orang cina kaya raya?? Kalau orang melayu berniaga dia tidak mengikut resmi orang cina, layanan tidak bagus, PR ” kureng ”, dan kebanyakannya nak untung cepat. Peniaga melayu menyalahkan orang melayu kerana tidak menyokong mereka. Salahkah pembeli melayu?? Walaupun begitu, anda orang melayu sebagai pembeli, m