Langkau ke kandungan utama

Catatan

Apa kata kalau raya tahun ni seseorang telah tiada???

Apa perasaan bila sambut hari raya tanpa seseorang??? Rasa macam kurang jea... Macam tak lengkap... Lagi-lagi kalau orang tu ketua keluarga... Tak pernah lagi aku rasa beraya tanpa keluarga yang tak lengkap... Tak dapat aku bayangkan beraya tanpa dia... Harap-harap atuk cepat sembuh... Dah 10hari dah dalam hospital Kuala Pilah... Dan malam tadi mak telefon bagi tahu atuk dah 50-50... terkelu... terkedu... Hari ni serba tak kena... Serba tak menjadi... ............................ Tak terkata...

skema jawapan raya

Raya tahun lepas, banyak soalan cepukcemas daripada mak-mak sedara, nenek sedara dan yang yang berkaitan mahupun yang tak berkaitan, yang kebanyakan soalan, aku hanya mampu menjawab dengan senyuman... Penat dan letih nak menjawab... Raya tahun ni, aku dah siapkan awal-awal skema jawapan... Itu pun kalau ada yang berani nak nyibuk tanya lagi tahun ni.... Soalan standard 1.: Bila kau nak kawen Ngah??? Jawapan- Mak Lang tolong sponsor ckit la... Tak cukup bajet lagi la... Soalan standard 2.: Kau dah ada makwe belum Ngah??? Jawapan- Mak Teh tolong la kenen-kenenkan ngan anak dara yang cun melecun ala-ala artis... Soalan standard 3.: Bila kau nak ganti kuda buruk kau tu... Dah berkarat den tengok dah??? Jawapan- M ak Long tak nampak ker kereta persona yang cun melecun kat luar tu??? Soalan Standard 4.: Kereta Persona jea??? Tak glomournye... Apasal kau tak beli kereta import cam Vios ke? Jawapan - meh duit sekepok... kereta sport pun den boleh boli... Tu soalan yang biasa raya tahun lepas..