Eh! Tetiba pulak nak cerita pasal sekolah pulak... Sebab bagi orang yang berkerja yang tinggal di KL, pagi2 di waktu musim cuti sekolah ibarat berada di syurga... Boleh meluncur laju... Boleh keluar lambat... Tak banyak kereta... Bagaikan ada persamaan matematik mudah yang budak darjah 3 pun dapat selesaikan... PAGI=SEKOLAH=HANTAR ANAK=JEM!!! Agak2, mana semua kereta yang banyak masa persekolahan ni pergi masa cuti sekolah yea? Esok, akan berakhir la masa selesa berada di atas jalan raya...Macam2 ragam pemandu terpaksa hadapi... Ada yang potong barisan... Ada yang suka cucuk... Ada yang suka tukar2 lane... Dan ada yang suka2 jea tukar lane tanpa bagi signal... Bagi yang dah masak dengan jalan KL, terpaksa la keluarkan skill memandu anda yang dah berkarat tu... Asah bagi tajam balik... Aku... Tak ambil kisah sedikit pun... Lantak la nak jem panjang mana pun... Sebabnya, aku menunggang kuda putih kesayangan... Jem atau tak, tetap akan sampai di pejabat sebelum 7.30am... Teringat zaman mu