Langkau ke kandungan utama

Catatan

Hati Yang Sihat...

Aku tak faham betul la... kenapa la ada istilah hati batu... Dah namanya pun hati, confirm la lembut dan mudah tercedera kan... Ada sesiapa sini yang nak mengaku dia berhati batu? Tak pun berhati waja? ada? ada ke? Meh sini aku nak belah dia hidup2... Nak tengok kebetulan kebatuan hatinya itu... Lagipun, kalau hati dah keras macam batu, confirm la akan berat kan... lagi pun kena jaga betul2, takut terpecah pulak andai kata suatu hari nanti terjatuh hati... Jadi berhati-hati la ketika berjalan atau memandu, supaya hati ibu bapa tidak dilukai ketika mengusung jenazah anak... Hati aku tak sihat hari... Kira boleh guna istilah sakit hati la ni... Takkan nak guna suka hati pulak kan... Ikut suka hati aku la nak guna apa pun istilah... Bak kata orang tu... Orang tua yang cakap... Aku tak cakap sebab aku muda lagi... walaupun muka dah tua macam anak empat orang berbini empat, ada hati jugak tu nak berbini empat... "Ikut hati. mati" Tema hari ini: Hati yang sihat.... Sekian dari yang

Teka Teki.

Teka teki kembali lagi... (Ini bukan contest... Sila percaya...) Apa maknyanya tu... Maknanya si tukang karut nak berjalan lagi... Kalau dah berjalan tu, tak sah la kalau tak beli apa2 kan... Lokasinya masih lagi rahsia... Sebab aku pun tak tau mana aku nak pergi... Yang penting area nak merantau kali ni di Kota Kinabalu, Ranau, Beaufort, Sipitang, Tenom, Kudat atau Papar... Ntah la... Tengok kepada masa dan mood serta kewangan masa tu... Bosan la... Nak mengarut pun otak dah beku... Apa kata kalau try benda lain pulak... Kali ni soalannya sangat mudah... Budak darjah empat pun tau jawapannya... Ini kan pulak para blogger yang bijak pandai lagi kacak bergaya kan... malu la kalau tak dapat jawab kan... Jatuh la standard bijak pandai... Ni mencabar ni kalian yang bijak pandai ni... Syaratnya mudah, tolong aku translate kan lagu ni kepada bahasa yang difahami oleh semua orang iaitu bahasa melayu... Kang nak kata bahasa tamil kang, ada yang nak berdemo depan KLCC nak bakar laptop lak kang.

Jom Cipta Rekod...

Semalam... Tapi berita hari ini... Berita yang aku baru baca dalam paper star yang aku cilok dari Fida ... ha tengok, berapa bijaknya aku merancang ekonomi... Berapa kedekutnya aku... sampai paper pun rembat ofis punya... tak payah nak susah2 beli... Dalam paper ni ada cakap... (paper bercakap...Gila arghh... apa istilah yang betul yang patut aku gunakan ek?) Siapa sini orang Kangar, Perlis Indera Kayangan? Baik ngaku cepat!!! Kalau tak, aku cari sampai lubang jamban!!! Orang Perlis semalam cipta rekod... Cipta rekod dalam Malaysian Book Of Record... Cipta rekod yang aku pun pikiaq lapanbelas kali nak pecahkan... Bukan la kerja gila sangat pun... Tapi awat la hang tumbuk sambai belacan sampai 100o orang tu... Hang nak cilikan mulut siapa sampai seribu orang duk bodoh menumbuk belacan!!! Kalau orang Perlis boleh cipta rekod cam tu dan catat nama dalam Malaysian Boof Record... Buat aku terfikir sejenak... Apa kata, kalau kita sama2 pecah rekod tu dengan makan beramai2 sambal belacan tu s