Langkau ke kandungan utama

Catatan

Hahaha... Apa La...

Sekejab umum nak senarai hitam kalau tak bayar sebelum 28 Februari 2011... Dan2 hari ni umum nak lanjutkan tarikh akhir bayaran saman traffik sebelum 10 Mac 2011... Haha... Lawak betul la... Alasan... Alasan... Dan alasan... Berguling2 aku dengar berita ni live di NTV7... Dulu... Orang yang baik, yang jaga masa, yang tak nak namanya diblacklist, dapat je surat saman, belum pun panas bontot, dah pergi ke balai nak bayar... Bayar tanpa diskaun... La ni... Bila dah berlambak2 saman... Mula la nak bagi diskaun... 50%... Macam jualan murah dekat SOGO pulak... Adil ke kepada orang seperti di atas yang dah pun bayar pada masa yang ditetapkan!!! Lepas ni... Aku tak terkejut, kalau orang dapat saman, orang akan peram dekat bawah periuk belanga, biar dalam 10 tahun, tunggu kerajaan bagi diskaun... Ugut la nak hitamkan ke, hijaukan ke... dah kebal ugutan dah dema ni... silap2 dema ni tunggu kerajaan hapuskan saman tu terus... percaya la... tu yang angka 17 juta lebih saman tak berbayar tu... Yang

Berita Bohsan...

Ada empat malam lagi terpaksa menonton melihat dan menilai berita utama jam lapan malam... Tak kira la sama ada stesyen tv swasta, stesyen tv milik kerajaan jangan cerita la... habis semua nya cerita pasal pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau... Tu belum masuk lagi blog2 yang berteraskan politik... tak kira la siapa sokong siapa... Semua nak hentam satu sama lain... Dia ngata dia tak elok... Dia ni ngaku dia la yang terbaik... Citporrahhhh... Dua2 pun loklak... Disogok cerita yang sama setiap kali pilihan raya kecil yang diselitkan semasa berita utama setiap malam, sangat2 membosankan aku... Apa yang diorang ni pikiaq... Apa yang ada dalam kepala otak diorang ni aku pun tak tau la... politik saja... Balik2 cerita puak yang ni tak berpuashati keluar parti ni... Pusing2 cerita kempen dari rumah ke rumah... Habis semua orang dia nak salam... Kalau lembu ada tangan, lembu tu pun dia nak salam jugak... Lepas pilihanraya, jangan kata muka, nak keluar pergi jamban pun kalau boleh nak menyoro

Hati Yang Sihat...

Aku tak faham betul la... kenapa la ada istilah hati batu... Dah namanya pun hati, confirm la lembut dan mudah tercedera kan... Ada sesiapa sini yang nak mengaku dia berhati batu? Tak pun berhati waja? ada? ada ke? Meh sini aku nak belah dia hidup2... Nak tengok kebetulan kebatuan hatinya itu... Lagipun, kalau hati dah keras macam batu, confirm la akan berat kan... lagi pun kena jaga betul2, takut terpecah pulak andai kata suatu hari nanti terjatuh hati... Jadi berhati-hati la ketika berjalan atau memandu, supaya hati ibu bapa tidak dilukai ketika mengusung jenazah anak... Hati aku tak sihat hari... Kira boleh guna istilah sakit hati la ni... Takkan nak guna suka hati pulak kan... Ikut suka hati aku la nak guna apa pun istilah... Bak kata orang tu... Orang tua yang cakap... Aku tak cakap sebab aku muda lagi... walaupun muka dah tua macam anak empat orang berbini empat, ada hati jugak tu nak berbini empat... "Ikut hati. mati" Tema hari ini: Hati yang sihat.... Sekian dari yang