Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tahukah Anda?

Tahukah anda bunyi tidak boleh bergerak menembusi vakum (kawasan yang tidak ada jirim) Tahukah anda juga perbuatan mengacau bini anda sedang mem"vakum" rumah, pasti anda akan mendengar bunyi guruh berdentum! Tahukah anda memotong bawang mengeluarkan gas yang pedih apabila masuk ke mata anda. Badan anda mengeluarkan air mata untuk mencairkan kepedihan itu dan menyingkirkannya daripada mata anda. Tahukah anda juga lelaki akan berpura pura memotong bawang ketika menonton Adam Dan Hawa bersama isteri! Tahukah anda susunan QWERTY pada papan kekunci yang digunakan pada komputer telah dicipta pada tahn 1860an. Tahukah anda juga susunan QWERTY selalu menyusahkan aku ketika menulis perkata berikut, soalan ditaip menjadi sialan... Tahukah anda bunyi petir berlaku apabila udara di keliling kilat menjadi panas dengan cepat dan mengembang pada kadar yang lebih cepat daripada kelajuan bunyi. Tahukah anda juga bunyi isteri memetir apabila rumah berselerak menyebabkan suami menga

Gambar Baby Sesaje ni...

Gambar Baby

5 Jam Di Labour Room...

1.45am 23.10.2012---> Mata aku seperti tak mahu tertutup... Puas bergolek kiri dan kanan... Penat mengira kambing melompat pagar sekor per sekor... Akhirnya kambing terakhir ditangkap serigala... Panas! Walaupun pada hakikatnya tidur di dalam aircond... 2.30am  ----> Suri bangun... Katanya terasa seperti mahu membuang air besar... 3.00am ---> Suri bangun lagi... Katanya seperti tak puas membuang hajat... 3.30am ---> Suri mula terasa sakit... Aku mengajaknya ke hospital... Suri menolak, katanya sakit sedikit sahaja... Dan dia mahu sambung tidur lagi... Oh isteri ku... Dalam keadaan begini kau masih lagi tenang... 4.15am ---> Suri bangun lagi... Katanya perutnya memulas mulas... 5 minit di tandas tapi hasilnya tiada katanya... Aku mengajak suri ke hospital lagi... Mungkin itu tanda tanda dekat waktu bersalin... Dia menolak lagi... Katanya mahu tidur lagi... Esok saja ke hospital... Degilnya atau takutkah dia??? 4.40am ---> Suri bangun lagi... Mukanya