Langkau ke kandungan utama

Catatan

Fakta Ramadhan Yang Semua Orang Tahu Tapi Buat Buat Tak Tahu...

Fakta Ramadhan Yang Semua Orang Tahu Tapi Buat Buat Tak Tahu... Semua orang tahu Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan... Tapi ramai orang buat buat tak tahu kewujudan malam al-Qadar dengan memenuhkan shopping mall, menyemakkan Jalan TAR, mengimarahkan SOGO... Orang yang pasti mendapat sebahagian Lailatul Qadar ialah orang yang solat Fardhu Maghrib dan Isyak secara berjamaah sepanjang bulan Ramadhan, dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat Subuh berjemaah. Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa yang sholat ‘Isya` berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiyamulail separuh malam; Dan sesiapa yang sholat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam.” (Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan Nasai)... Tapi ramai orang buat buat tak tahu adanya malam al-Qadar den

Aku Benci Puasa Bila...

Aku benci puasa bila... Orang kata puasa melatih kita bersabar... Tapi hakikatnya bila puasa, kita boleh tengok tahap kesabaran orang yang berpuasa... Masing masing mementingkan diri... Bila di atas jalan raya... Masing masing nak cepat... Semua mementingkan diri sendiri... Cilok sana cilok sini... Parking menyusahkan orang... Aku benci puasa bila... Orang kata syaitan dikurung... Yang tinggal hanya nafsu... Nak nak hujung puasa ni... Mall Mall penuh... Jalan TAR jangan cerita la... SoGo tu kalau tak berlanggar bontot tak usah cerita... Bazar Ramadhan... Ermmm... Kalau tak bawak balik kiri kanan plastik penuh tak usah cerita la... Orang kata puasa melatih mengawal nafsu... Cait!!!... Macam membela nafsu secukup makan lagi ada la... Cakap tak serupa bikin... Benci... Benci... Benci...

Saja nak kongsi gambar anak... Apa? Ada aku kesah?... Ah... Lantak la... Ikut suka aku la... Tengok... Tajuk je pun dah panjang dah....