Langkau ke kandungan utama

Catatan

Aduyai... Tepuk Dahi Laju Laju...

Seloka Nak Raya...

Hujung hujung puasa, Ramai yang jadi gila berjilid, Walaupun banyak lagi masa, Habis kosong surau dan masjid... Tinggal la pak imam dan bilal serta dua tiga orang, Dulu sesak sekarang lengang boleh dibilang, Hati pak imam pun dah bengang, Nasib baik aku Pak Imam, Kalau tak aku pun dah jalan... Sogo KLCC dan juga lain lain shopping complex, Ramainya orang macam semut dan pepijat, Tak kesah kalau bergesel bontot, Asal dapat apa yang dihajat... Selagi belum dengar takbir raya, Ada saja yang tak ada, Mula la meroyan tak tentu hala, Mengabiskan duit yang dok ada... Orang jantan punya kepala Tak kesah apa yang mendatang Duk fikir bakar mercun bola Nak jadi hero bergegar kampung Orang perempuan lain pulak ceritanya, Ada saja yang tak kena, Kalau boleh baju raya nak sedondon, Lagi bagus kalau langsir pun kena... Hajat dihati nak sedondon, Tak jumpa size dah diambil orang, Meraung meroyan depan laki tersedu sedan, Nasib baik tak k