Langkau ke kandungan utama

Catatan

Rozita Che Wan nikah Disember ini...

Nangis teresak esak... uuuuuwwwwwww... Mak Jan nak kahwin dah... KUALA LUMPUR: Pelakon jelita Rozita Che Wan, 40, mengesahkan akan bernikah dengan kekasihnya, Zain Saidin, 29, selepas satu majlis merisik diadakan di Carcosa Seri Negara, di sini, petang tadi (Ahad). Pasangan terbabit akan melangsungkan pernikahan pada bulan Disember ini, namun tarikhnya akan diumumkan dalam satu sidang media dalam waktu terdekat ini.  Rozita berkata, pada majlis yang dihadiri anggota keluarga dan rakan terdekat itu, dia menerima sebentuk cincin berlian, sirih junjung dan buah-buahan.  Katanya, majlis itu dirancang sejak dua minggu lalu dan Zain tidak hadir di majlis itu. Sumber : Sini

Cerita Kedai Kopi...

Musang Berjanggut: Dengar cerita, KERAjaan nak naik kan harga minyak lagi... Pak Pandir: Dengar kabar anginnya gitu la... Musang Berjanggut: Aku bukan apa... Aku tak kesah sangat kalau harga minyak naik, yang aku tak tahan tu harga barang lain pun turut sama naik... Pak Pandir: Betul tu... Minyak naik harga barang lain pun naik gak!!! Musang Berjanggut: Dengar cerita harga gula pun nak naik gak... Tukang Karut: Betul sangat tu... Aku setuju... Sejak harga minyak naik ni perut aku pun turut sama naik... Ini semua salah KERAjaan... (Sambil menepuk perut boroi...)

Sarapan Pagi...

Tukang Karut: Bos... Teh tarik satu... Mamak: Siap... Tukang Karut: Kurang manis haaa... Mamak: Okeyyyy... Tukang Karut: Tak mau susu... Mamak: Ha... Lagi bos... Tukang Karut: Tak mau serbuk teh...