Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kesimpulan Pembentangan Bajet 2017

Kesimpulan Pembentangan Bajet 2017 Berikut adalah isi (intipati) daripada ucapan bajet daripada Menteri Kewangan sebentar tadi: 1) Bajet 2017 memperuntukkan RM260.8 bilion, 3.4% lebih tinggi daripada Bajet 2016 sebelum ini. 2) Kerajaan menjangka untuk mencapai 3% defisit fiskal pada tahun 2017. 3) Hanya 2.1 juta pembayar cukai pendapatan daripada 14.6 juta jumlah tenaga kerja negara. 4) Tiada kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk 2017. 5) Ekonomi sesebuah negara berkait rapat dengan persepsi. Kerana tanpa keyakinan, tidak akan ada pelaburan untuk memacu ekonomi. Untuk menghargai sumbangan penjawat awam, yang berikut telah diumumkan: 1) Untuk memanjangkan tempoh “Fully-Paid Study Leave” dengan biasiswa kepada Kumpulan Sokongan (Support Group), yang pada masa ini terhad kepada Kumpulan Pengurusan dan Profesional. 2) Cuti kuarantin sehingga 5 hari tanpa rekod untuk penjawat awam yang mempunyai anak yang sakit dan perlu dikuarantinkan. 3) Kemudahan pinjaman kompute

3 Jenis Kawan Di Dunia Menurut Imam Al- Ghazali

3 Jenis Kawan Di Dunia Menurut Imam Al- Ghazali Kawan yang pertama Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu & nasihat agama kepada kita. Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi. Kawan kedua Dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu & nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu & nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT. Kawan yang ketiga Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu & nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang disampaikan.. Dia ejek ilmu dan nasihat yang kita bagi. Imam Al- Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara & tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancura

Ekonomi Lompong Malaysia

ZINKAN saya berkongsi detik BLINDSPOT di sini; tidak ramai yang memberi perhatian bahawa pada 2014, 29.1% daripada jumlah import Malaysia adalah barangan Elektrik dan Elektronik (E&E). Pada tahun yang sama, 35.7% daripada jumlah eksport Malaysia juga adalah barangan E&E. Apakah yang sebenarnya sedang berlaku? Bahasa mudah, asas ekonomi Malaysia lompong dan bermasalah. Malaysia mengimport komponen-komponen yang murah dari Negara China, memasangnya sebagai produk siap di dalam negara dan mengeksport sebagai barangan untuk dijual. Malangnya, produk akhir yang dieksport kebanyakan adalah jenis Barangan Pembuatan Asli (OEM); dihasilkan menggunakan tenaga buruh murah bagi syarikat asing. Jarang sekali kita mengeluarkan produk sendiri atau mengeksport jenama negara ini. Hasilnya, nilai tambah dalam rangkaian pengeluaran barangan E&E dianggarkan sekitar hanya 15 peratus. Konsep yang sama dilakukan buat industri tekstil Malaysia, yang tidak ubah seperti kedai jahitan murah u