Langkau ke kandungan utama

Catatan

Politik Dari Kaca Mata Kanak Kanak....

 Pada suatu malam, Ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak yang berusia 9 tahun bertanya pada si ayah,  "Ayah, apa itu politik?". Jawab ayah,  "Politik itu macam keluarga kita, ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis. Mama gunakan wang untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan.  Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?" Semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap.  Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak.  Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Ana itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis. Sampai di bilik dia lihat ibunya sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Dilihat si ayah pula tiada di sebelah ibu.  Jemu me

Yang Naik Pasti Akan Turun

Apa nak peliknya...Semalam ia naik.... Dekat hari memangkah nanti, dia turun balik dengan drastiknya..... Masa tu semua cair n tergoda... Hasilnya sampai bila bila la... Past tense, present tense and future tense......

Merokok di dalam kereta

Ada sebuah kereta di depan, anak-anak kecil penuh dalam kereta dengan isteri... Cuma yang tak sedap tengoknya, si ayah yang memandu itu... Dengan selambanya merokok. Berkepul-kepul asap dalam kereta... Mungkin kesihatan anak tak sepenting membuat anak yang dikatakan rezeki dari Tuhan itu. Mungkin juga lelaki itu hanya fikir kahwin ini untuk sedap saja, dapat anak, jaga ala kadar saja... Aku tak nak pukul rata semua, sebab aku kenal juga rakan perokok yang tak merokok dalam kereta tatkala si kecil menumpang sama. Cuma itulah, puak-puak perokok yang anggap dunia ini dia yang punya. Sila meninggal. Tolong jangan membiak.