Langkau ke kandungan utama

Catatan

TIPS BACAAN AL-QURAN

TIPS BACAAN AL-QURAN  Oleh: Dr. Muhd al-Muhaysni. 1. Jangan engkau berikan (fokus membaca) al-Quran pada lebihan waktumu (yakni: bila free, baru baca), Malah khususkan untuknya waktu tertentu, yang mana tiada seorangpun yang akan mengganggumu. 2. Sebelum membaca al-Quran, perbaharui wudhu'mu, hadaplah ke arah kiblat, dan mulakan dengan Isti'azah (Bacaan A'udzu bilLah..), kemudian Basmalah (Bacaan Bismillahir-Rahman..) dan ingatilah ganjaran kelebihan membaca al-Quran. 3. Hendaklah kekuatan suaramu sederhana, tidak terlalu kuat sehingga engkau kepenatan dan terganggu, dan tidak terlalu perlahan sehingga engkau bosan dan mengantuk. Hendaklah laju bacaanmu itu juga sederhana, tidak terlalu laju sehingga terpotong-potong ayat (kerana sering tersilap), dan tidak juga terlalu perlahan sehingga engkau rasa jemu. 4. Al-Quran memiliki wibawa dan kehormatan. Sesiapa yang mengagungkan al-Quran di dalam hatinya, Allah agungkan kedudukannya di kalangan manusia. Maka jang

Sumbangan Anak Kepada Mak Ayah...

Pernah tak, ada dalam situasi ni?? = Bawa mak ayah gi klinik, mak ayah bayar sendiri sebab kita pun tak mampu nak tolong bayar..sedangkan dari kecil mak ayah yang bayarkan bil kita..kadang terpaksa meminjam...ada yang sampai sekarang masih mengharapkan mak ayah yang bayar.. = Bawa mak ayah gi pasar malam / supermarket..mak ayah bayar sendiri..sedangkan dari kecil lagi mak ayah yang turuti apa yang kita nak sampai abaikan keinginan sendiri.. = Mak ayah pegang pape tapi kita buat tak tahu, sebab nanti short duit belanja kita..dulu, berguling2 kita berontak nak juga sesuatu tu.. = Nak keluar makan takut nak pelawa mak ayah sekali sebab nanti kena bayar lebih..padahal dulu kita menangis2 nak kfc mak ayah terpaksa ikat perut waktu kerja sebab terguna duit belanja... = Nak balik kampung melawat mak ayah pun tak mampu sebab kos minyak, tol dan belanja di kampung..padahal dulu nak ke mana pun mak ayah sanggup pinjam kereta, sanggup naik turun bas bawa kita berjalan.. = Waktu balik

Anak Lambat boleh bercakap. Lambat boleh membaca. Lambat mengenal huruf. Lambat membaca quran.

Teguran dari Allah. Buat ibu bapa yang ada anak lambat dapat mengaji quran dan membaca. Baca lah perkongsian Ustazah Hafizah yang 'ditegur' Allah saat menghadapi kesusahan dalam mengajar anak nya mengaji. Ustazah Hafizah menceritakan bahawa dia mempunyai seorang anak lelaki yang lambat dapat mengaji. Kata Ustazah anak nya itu lahir lahir sahaja sudah lemas dan terpaksa duduk di nicu selama seminggu. Anak itu istimewa sikit kerana lambat boleh bercakap dibandingkan dengan anak anak yang lain. Lambat boleh bercakap. Lambt boleh membaca. Lambat mengenal huruf. Lambat membaca quran. Ustazah ajar setiap hari anaknya tapi dia lambat untuk faham, walau di ajar berkali kali. Bila anaknya itu ke sekolah, ustazah di sekolah juga berasa sukar untuk mengajar anaknya. Sampai ustazah tanya " Tak mengaji kat rumah ke?" Si anak menjawab jujur. " Mengaji ustazah" Lalu ustazah ini 'soal siasat' siapa emaknya. Terkejut ustazah bila tahu ibunya ad